Saturday, 5 January 2013

RESEPI KEK KUKUS KEGEMARAN SAYA !!



post baru lagi...over sgt laa ak ni smpai sume bnda nk post...haha...bia ah..blog kn tmpat kita tulis ape2 je kan kite nk ckp pe..so i'm free to do so...:)

ak x saba nk tggu mggu dpn sbb mggu blik kg,,,huhu (x abes2 citer psl balik kg)   -_-

ni ak nk cite laa ak ad search resipi2 ak nk try wat kt umah...kononnya nk buat...sbb baru aku sdr  yg ak ni suka msk gak eh...ececechh...slama ni keje makan je..

resepi ak cari ni sume psl kuih2 yg kena kukus..sbb umah ak xde oven so ak lagi suka kukus cam kek coklat moist...lagi lmbut..korg pn kalu nk cuba blh r tgk2 resepi ni..6t kalu eksperimen ak success ak akn post gamba ak wat lak ea    :D...sumber resepi dari pelbagai sumber internet...



RESEPI-RESEPI SAYA !!! 



1) KEK COKLAT OREO KUKUS

Pada pndpat aku kek ni cam x sdap sgt je...huhu...pape pon nk try dulu cmne
Bahan-bahannya:

• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder
• 2 biji telurp
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 1 sudu teh pwarna dan perasa kopi emulco kalo xde guna essen vanilla pun blh
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
• 125 ml susu cair dipanaskan sebentar (boleh gunakan susu kotak ataupun bancuhan susu tepung)
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak


Cara membuatnya:


1. Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo, kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit...ataupn bakar dalam 1jam.




2) KEK PISANG KUKUS

kek ni paling ak nk wat sgt...ak suka kek pisang !!! dan jgk pisang  :D

2 cawan tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A (aku ada gred B, bantai)
1 cawan pisang dilecek (+- 3-4 biji pisang-
orang kata pisang berangan/pisang kapas yang sedap buat kek)
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
1 st esen pisang


 1. ayak gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

  2. dlm bekas lain, putar telur dgn mixer hingga kembang
(aku guna blender saja.)

 3. kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak.  putar lg sampai sebati

4.  masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali tambahkan esen pisang.
(aku kauk balikkan saja tepung itu).

5. kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

(size +- 22cm).



3) PUDING GULA HANGUS

ni ferevet mak aku ni...sbgai ank mithali aku nk wat laa kt mak ak..hehe

8 biji telur (hagak2 gred a/b)
1 tin susu pekat (besar punya, ± 500 gm)  =>blender sume bahan ni. 
½ tin air (guna tin susu tu je)                                   1-2 minit cukup la.    

gula, sesuka rasa lidah korang dan bergantung kepada size loyang yang digunakan. 
Aku pakai loyang kecik, lebih kurang 2 /3 sudu besar gula. terpaksa kukus 2 kali. 
Nak wat cano, ada pengukus yang kecik je.Jika ada loyang 9” / 11”, dah ngam ngan sukatan di atas.
gula ~ ni korang masukkan dalam loyang dan cairkan atas api. Untuk mengelakkannya terlalu hangus,gunakan api yang kecil ye.  Silalah berhati2. 
Bila dah nampak perang2 (kalau nak hanguskan sikit pon ok. Dah namanya puding gula hangus kan…)
, dan air dah mendidih, masukkan dalam pengukus.
Kendian curahkanlah bahan yang diblender tadi tu ke dalam loyang tersebut.

Kukus dalam 15-20 minit. 
(jika korang guna loyang yang besar, dan sekali kukus je, kukus selama 30-35 minit. tape kukus lama2, janji jangan sampai kering air dalam periuk)
Try cucuk ngan garfu/lidi, jika tak melekat, makanya masaklah ia.
Biasanya kueh ni akan menggelembung masa mula2 masak.

Tunggu sejuk kejap, baru balikkan ke dalam pinggan.
Sangat sedap disantap jika disejukkan dulu dalam peti.
Tapi aku suka makan time suam2.


4) KEK BROWNIES KUKUS


ni plak roomate aku rekemen kt ak...dye sruh ak bwk ke USIM kalu ak brjaya wat ni...


Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

·                  200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
·         200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
·         170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
·         30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
·         4 biji telur
·         170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)

Cara-cara
1*    Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
2*    Tepung dan koko diayak bersama.
3*    Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  *  Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
    *  Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
6*  Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
7*  Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
8*    Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.




 5) PUDING ROTI

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
·         bahan A:1 bungkus agar-agar
·         air
·         gula ikut suka nk manis atau kurang saya letak 1 senduk kecil
·         bahan B: 4 keping roti gardenia*
·         1/2 tin susu pekat*
·         2 biji telur ayam*
·         1/2 cawan air
·         pewarna

Cara-cara
1.    masak bahanA sampai agar2 dan gula hancur
2.    blender semua bahan B hingga hancur, dan masukkan ke dalam agar2 yang sedang di masak, perlahankan api dan kacau seketika, bila agar2 dan bahan kisar sebati bahagikan kepada 3 bahagian, 2 berwarna dan satu warna asal
3.    tuang warna asal dulu diikuti dgn yg bewarna, kemudian guna sudu dan buat bulatan hingga nampak marble,
4.    sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk, bila dah keras hmm apa lg nyam2... tp jgn masukkan dlm tempat beku plak... tk jadi puding nnti jadi lain plak.....


so ni lah antara aktiviti2 ak kt umah time cuti serba pendek ni nanti...korg try laa jgk ea..kita tgk sapa yang jaadiii....

p/s : kongsi2 juga resepi masakan korang    :D



No comments:

Post a Comment